Secara jujurnya saya memohon maaf seandainya karya saya
memasuki lapangan orang lain dan wujud hak-hak orang lain dalam karya yang saya hasilkan. Saya masih terlalu awal dalam dunia ini. Klise tidak boleh lari
pasti wujud dalam karya saya. Untuk makluman semua saya hanya memasuki dunia pengarangan ini pada 1 November 2012 apabila saya menghantar karya saya ke akhbar Harian Metro. saya terpaksa berbuat demikian kerana ingin memenuhi satu syarat yang telah ditetapkan oleh DBP Wilayah Timur kepada peserta yang ingin mengikuti kursus yang dianjurkan mestilah ada karya yang pernah tersiar di mana-mana media. Sejujurnya pada masa itu saya tiada karya, khususnya puisi. Alhamdulilah syukur kepada Allah karya pertama saya berjudul Mawar tersiar dalam akhbar Harian Metro pada 27 November 2012. Diikuti Kemboja (Harian Metro - Selasa, 18 Disember 2012) dan Terima Kasih Bonda (Harian Metro - Selasa, 25 Disember 2012) dan Tiada Lagi (Berita Harian - Khamis, 27 Disember 2012). Terima kasih editor akhbar Harian Metro dan Berita Harian/Ruangan Varsiti. Hal ini bertetapan dengan pandangan Nassury Ibrahim buat penulis muda di facebooknya pada 15 Oktober 2012, nasihat kepada penulis muda (walaupun saya sudah tua-namun muda dalam bidang penulisan). Berdasarkan pengalaman kejayaan tidak bergantung kepada diri sendiri semata-mata, malah banyak dibantu oleh faktor luar diri. Adakalanya kita tidak mengetahui siapakah yang membantu kita. Semangat saya untuk mengarang begitu memuncak dan saya telah meletakan visi dalam dunia pengarangan saya '1 Sajak 1 Hari'. Saya sebenarnya hanya seronok berada dalam dunia saya dan sentiasa mahu menerima tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang begitu arif dalam dunia pengarangan ini.
Peringkat permulaan untuk berkarya seperti yang disarankan oleh Tuah Sujana dan Marzuki Ali dalam bengkel yang dikendalikan ialah banyak membaca. Pendapat ini juga disokong Masli N.O namun beliau menambah perlu pilih bahan yang dibaca (semasa bermalam di rumah Mohd Syafiq Azli Mohd Salleh- 27 Mac 2013). Kita perlu banyak membaca dan hadamkan karya-karya penulis mapan tanah air. Semasa bicara karya penulis Kelantan Norhisyam Mustafa sebegai pengerusi telah menegaskan kepada penulis muda agar membaca karya Usmang Awang. Hal ini jelas bertepatan apabila saya melihat Salman Sulaiman begitu tekun menatap karya A Samad Said semasa saya mengikuti bengkel penulisan di SK Padang Garong 1 anjuran PUSPA. Pada peringkat ini saya membaca antologi sajak-sajak Hilmi Rindu.
Hasil daripada pembacaan akhbar, majalah, buku dan bahan-bahan lain boleh dijadikan bahan untuk kita berkarya. Contohnya karya saya yang bertajuk Tabah (Berita Harian - Khamis, 10 Januari dan 24 Januari 2013) Budak Troli (Berita Harian – Khamis, 17 Januari 2013) Tahniah (Berita Harian -Khamis, 14 Februari 2013) dan Tragedi Aleppo (Berita Harian - Khamis, 21 Februari 2013) merupakan karya yang sumbernya daripada berita yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian.
Hasil daripada pembacaan akhbar, majalah, buku dan bahan-bahan lain boleh dijadikan bahan untuk kita berkarya. Contohnya karya saya yang bertajuk Tabah (Berita Harian - Khamis, 10 Januari dan 24 Januari 2013) Budak Troli (Berita Harian – Khamis, 17 Januari 2013) Tahniah (Berita Harian -Khamis, 14 Februari 2013) dan Tragedi Aleppo (Berita Harian - Khamis, 21 Februari 2013) merupakan karya yang sumbernya daripada berita yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian.
Saya juga menjadikan segala pengalaman yang dilalui sebagai sumber untuk berkarya. Hal ini bertetapan dengan saranan yang dilontar oleh Marzuki Ali semasa KIST Bersama-sama Pengarang di KOMSTAR pada 27 Januari 2013 yang meminta menggunakan pancaindera sebagai sumber untuk mendapatkan bahan. Manakala Wadi Leta S.A semasa Bengkel Penulisan Sajak di Hotel Crown Garden, Kota Bahru manyatakan setiap perkara yang berada disekeliling kita berupaya untuk dijadikan bahan untuk kita berkarya. Sajak Kamera (Berita Harian/Ruangan Varsiti - Khamis, 9 Mei 2013) hadir ketika saya melihat kamera saya berada di atas meja, maka timbul idea untuk menulis sebuah sajak berkaitan dengan kamera.
Kita juga harus terus menulis seperti yang disarankan oleh Salman Sulaiman dan Wan Ahmad Ismail. Tulis apa-apa sahaja pada buku catatan. Sebab itu, setiap masa saya pasti akan membawa pen dan buku catatan kecil ke mana-mana sahaja. Tidak lupa saya juga sentiasa membawa kamera untuk merakam peristiwa yang saya saksikan. Moga-moga apa-apa yang saya lihat dapat di tulis atau dirakam.
Jangan malu untuk bertanya. Saya mula memberanikan diri untuk bertanya. Semasa pertemuan saya dengan saudara Marsli N.O sempat juga beliau berbicara tentang kejujuran dalam berkarya. Hal ini juga bertepatan seperti yang disebutkan oleh Rahman Saari, berkaitan pesajakan ringan iaitu pencapuran bahasa dengan pengucapan puitis. Semasa berbicara dengan Marsli N.O melalui facebook beliau menyarankan kepada saya agar mencari identiti diri. Hal ini bertepatan dengan bicara Tuan Syarif Tuan Putera dalam program KIST bersama-sama pengarang yang menyatakan Marzuki Ali merupakan Penyair Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan