Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 27 Februari 2013

Membina 'Brand'

Pada 26 Februari 2013 saya berkesempatan menghadiri perasmian Terbitan Karya Ilmiah di Universiti Malaysia Terengganu. Saya cukup tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Sabry Cheek yang meminta setiap daripada kita agar membina 'brand'. Oleh itu, salah satu sebab saya menulis adalah membina 'brand'. Saya mengucapkan kepada Dato' Sri Sabry Cheek yang melontarkan perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan kepada mahasiswa UMT yang hadir sempena majlis Perasmian Pamerian Buku UMT 2013. Kata-kata itu telah memberikan semangat kepada saya untuk sentiasa menulis. Apabila saya lesu dan malas untuk menulis kata-kata membina 'brand' ini memberikan semangat semula kepada saya.

Mesti Kecewa

Secara jujurnya saya akan berasa kecewa dan tertekan apabila karya yang dihantar kepada akhbar dan majalah tidak disiarkan. Setiap masa saya mengharap karya yang saya hantar disiarkan oleh penerbit.

Jumaat, 22 Februari 2013

Bersahabat Bersama-sama Pen, Buku Catatan & Kamera

Sentiasa bersama-sama pen, buku catatan & kamera.



Selain daripada membaca pelbagai bahan kita juga boleh mendapatkan maklumat daripada pengalaman yang kita lalui. Kita boleh kaitkan suasana alam dengan rencam kehidupan contohnya gunung, laut, tumbuhan, sungai, tasik dan sebagainya. Garapan pengalaman alam diadun dengan kehidupan atau perasaan nescara akan menjadikan sesuatu itu indah. Saya ada terbaca tulisan tulisan Rahman Saari yang memperkatakan tentang Rahimidin Zahari  berkaitan unsur-unsur alam yang diketengahkan olehnya. Kita boleh merakam gambar-gambar alam sebagai satu memori atau kisah apabila kita melihat foto tersebut kita akan mengingati peristiwa atau perasaan yang kita alami pada masa tersebut.
 

Tambahkan Kenalan

Kita harus menambah kenalan dalam kalangan pengkarya

Rabu, 20 Februari 2013

Kita Perlu Berkawan Dengan Pengkarya

Kesabaran Dalam Menulis

Saya seorang yang tidak sabar dalam menulis kalau boleh mahu setiap hari karya saya diterbit atau disiarkan. Orang lain mungkin tidak begitu bukan macam saya. Kita harus mempunyai kesabaran yang tinggi. Terutama apabila karya yang dihantar akan disiarkan atau tidak. Saya sentiasa berharap agar karya saya disiarkan. Ada orang

Sabtu, 16 Februari 2013

Proses Kreatif Saya

Secara jujurnya saya memohon maaf seandainya karya saya memasuki lapangan orang lain dan wujud hak-hak orang lain dalam karya yang saya hasilkan. Saya masih terlalu  awal dalam dunia ini. Klise tidak boleh lari pasti wujud dalam karya saya.  Untuk makluman semua saya hanya memasuki dunia pengarangan ini pada 1 November 2012 apabila saya menghantar karya saya ke akhbar Harian Metro. saya terpaksa berbuat demikian kerana ingin memenuhi satu syarat yang telah ditetapkan oleh DBP Wilayah Timur kepada peserta yang ingin mengikuti kursus yang dianjurkan mestilah ada karya yang pernah tersiar di mana-mana media. Sejujurnya pada masa itu saya tiada karya, khususnya puisi. Alhamdulilah syukur kepada Allah karya pertama saya berjudul Mawar tersiar dalam akhbar Harian Metro pada 27 November 2012. Diikuti Kemboja (Harian Metro - Selasa, 18 Disember 2012) dan Terima Kasih Bonda (Harian Metro - Selasa, 25 Disember 2012) dan Tiada Lagi (Berita Harian - Khamis, 27 Disember 2012). Terima kasih editor akhbar Harian Metro dan Berita Harian/Ruangan Varsiti. Hal ini bertetapan dengan pandangan Nassury Ibrahim buat penulis muda di facebooknya pada 15 Oktober 2012, nasihat kepada penulis muda (walaupun saya sudah tua-namun muda dalam bidang penulisan). Berdasarkan pengalaman kejayaan tidak bergantung kepada diri sendiri semata-mata, malah banyak dibantu oleh faktor luar diri. Adakalanya kita tidak mengetahui siapakah yang membantu kita. Semangat saya untuk mengarang begitu memuncak dan saya telah meletakan visi dalam dunia pengarangan saya '1 Sajak 1 Hari'. Saya sebenarnya hanya seronok berada dalam dunia saya dan sentiasa mahu menerima tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang begitu arif dalam dunia pengarangan ini.

Peringkat permulaan untuk berkarya seperti yang disarankan oleh Tuah Sujana dan Marzuki Ali dalam bengkel yang dikendalikan ialah banyak membaca. Pendapat ini juga disokong Masli N.O namun beliau menambah perlu pilih bahan yang dibaca (semasa bermalam di rumah Mohd Syafiq Azli Mohd Salleh- 27 Mac 2013). Kita perlu banyak membaca dan hadamkan karya-karya penulis mapan tanah air. Semasa bicara karya penulis Kelantan Norhisyam Mustafa sebegai pengerusi telah menegaskan kepada penulis muda agar membaca karya Usmang Awang. Hal ini jelas bertepatan apabila saya melihat Salman Sulaiman begitu tekun menatap karya A Samad Said semasa saya mengikuti bengkel penulisan di SK Padang Garong 1 anjuran PUSPA. Pada peringkat ini saya membaca antologi sajak-sajak Hilmi Rindu.  

Hasil daripada pembacaan akhbar, majalah, buku dan bahan-bahan lain boleh dijadikan bahan untuk kita berkarya. Contohnya karya saya yang bertajuk Tabah (Berita Harian - Khamis, 10 Januari dan 24 Januari 2013) Budak Troli (Berita Harian – Khamis, 17 Januari 2013) Tahniah (Berita Harian -Khamis, 14 Februari 2013) dan Tragedi Aleppo (Berita Harian - Khamis, 21 Februari 2013) merupakan karya yang sumbernya daripada berita yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian.

Saya juga menjadikan segala pengalaman yang dilalui sebagai sumber untuk berkarya. Hal ini bertetapan dengan saranan yang dilontar oleh Marzuki Ali semasa KIST Bersama-sama Pengarang di KOMSTAR pada 27 Januari 2013 yang meminta menggunakan pancaindera sebagai sumber untuk mendapatkan bahan. Manakala Wadi Leta S.A semasa Bengkel Penulisan Sajak di Hotel Crown Garden, Kota Bahru manyatakan setiap perkara yang berada disekeliling kita berupaya untuk dijadikan bahan untuk kita berkarya. Sajak Kamera (Berita Harian/Ruangan Varsiti - Khamis, 9 Mei 2013) hadir ketika saya melihat kamera saya berada di atas meja, maka timbul idea untuk menulis sebuah sajak berkaitan dengan kamera.

Kita juga harus terus menulis seperti yang disarankan oleh Salman Sulaiman dan Wan Ahmad Ismail. Tulis apa-apa sahaja pada buku catatan. Sebab itu, setiap masa saya pasti akan membawa pen dan buku catatan kecil ke mana-mana sahaja. Tidak lupa saya juga sentiasa membawa kamera untuk merakam peristiwa yang saya saksikan. Moga-moga apa-apa yang saya lihat dapat di tulis atau dirakam.


Jangan malu untuk bertanya. Saya mula memberanikan diri untuk bertanya. Semasa pertemuan saya dengan saudara Marsli N.O sempat juga beliau berbicara tentang kejujuran dalam berkarya. Hal ini juga bertepatan seperti yang disebutkan oleh Rahman Saari, berkaitan pesajakan ringan iaitu pencapuran bahasa dengan pengucapan puitis. Semasa berbicara dengan Marsli N.O melalui facebook beliau menyarankan kepada saya agar mencari identiti diri. Hal ini bertepatan dengan bicara Tuan Syarif Tuan Putera dalam program KIST bersama-sama pengarang yang menyatakan Marzuki Ali merupakan Penyair Alam. 

Jumaat, 1 Februari 2013

Perjalanan

Tujuan utama blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman dengan khalayak pembaca proses penulisan kreatif yang baharu menyelimuti saya sekarang ini. Dengan catatan ini dapat membantu sesiapa sahaja yang berminat menceburi dunia penulisan kreatif boleh membaca dan bertukar-tukar pandangan serta buah fikiran. Secara langsung dapat membantu menyemarakkan lagi dunia penulisan tanah air sekarang dan masa akan datang. 

Sudah lama saya ingin menceburi bidang penulisan tetapi tidak tahu bagaimana?

Setiap kali melihat dada-dada akhbar saya dapat merasai keseronokan yang dimiliki oleh setiap penulis apabila karya mereka tersiar dan dibaca oleh khalayak. Lebih-lebih lagi sekiranya karya mereka dibukukan atau pun telah menjadi antologi. Saya cuba berjinak-jinak untuk menulis namun idea tidak datang, buntu atau berkecamuk dan entah apa-apa yang menganggu sehingga saya gagal menghasilkan karya. 

Sering menghadiri majlis ilmu

Tabiat saya sangat minat menghadiri majlis ilmu, banyak majlis-majlis ilmu berkaitan dengan dunia penulisan kreatif saya hadiri. Peringkat permulaan saya hadiri saya masih tidak faham bagaimana untuk menghasilkan karya. Saya mula rancak menghadiri majlis ilmu pada tahun 2011. Apabila ada sahaja majlis saya pasti akan hadiri dan rugi yang amat sangat sekiranya saya gagal menghadirinya. Saya dengar dan catat apa-apa yang disampaikan dalam majlis ilmu yang saya hadiri. Saya bangga dan kekadang cemburu melihat penceramah yang terdiri daripada pengkarya yang sudah mantap dengan karya masing-masing.

Namun pada masa itu saya hanya berminat menghadiri majlis ilmu sahaja dan berasakan agar sukar untuk menjadi penulis dalam bidan penulisan kreatif. Perasaan ini timbul kerana saya sering dihidangkan dengan kesukaran yang dialami oleh penulis-penulis yang menyelusuri dunia penulisan mereka. Walaupun begitu hasrat untuk menjadi penulis tidak terus terpadam dalam diri saya. Hasrat itu masih lagi menyala namun dalam cahaya yang semakin malap.

Tulis apa-apa yang terlintas dalam hati

Saya menulis apa-apa sahaja yang terlintas di dalam hati saya. Sebab itu saya sering membawa pen dan buku catatan ke mana-mana sahaja. Saya akan pantas menulis lintasan yang hadir. Lintasan itu, saya anggap idea pokok untuk saya kembangkan menjadi puisi. Idea tidak boleh dipaksa dan hadir secara tiba-tiba sebab itu kita perlu sentiasa bersedia pada setiap masa dan ketika.

Bagaimana bermula

Mengikut Wadi Leta SA semua perkara yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan bahan untuk kita menulis. Ada sesetengah orang berpendapat untuk menulis kita juga boleh membaca dan memahami karya seseorang penulis, kemudian kita menjawab karya mereka. Namun setakat ini 30.6.2014 saya belum lagi mencuba teknik ini.

Proses itu Bermula

Suka mengikuti kursus