Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 19 November 2013

Proses Menulis Puisi

Menulis puisi memerlukan 3 M, iaitu Membaca, Meneliti/Merenung dan Menulis

Isnin, 7 Oktober 2013

Baca Kehendak Editor

Kita hendaklah mengetahui atau membaca kehendak editor agar puisi kita berjaya disiarkan dalam mana-mana penerbitan. Elakkan kita syok sendiri kerana setiap penerbian berteraskan komersial dan keuntungan. Jadi kita perlu akur dengan tuntutan itu sekiranya ingin puisi kita disiarkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa mengirimkan puisi ialah

1. Saiz Ruangan
2. Jumlah Baris Puisi
3. Jumlah Perkataan Setiap Baris
4. Tema Penerbitan

Ahad, 11 Ogos 2013

Karya Sastera

Karya sastera, prosa mahupun puisi merupakan cerminan masyarakat pada zamannya. Melalui karya sastera kita memperoleh gambaran tentang pemikiran, perasaan, harapan atau pelbagai persoalan yang dihadapi oleh masyarakat.

Jumaat, 26 Julai 2013

Perang

Dalam peperangan kita tidak hanya bertahan, sebenarnya kita perlu menyerang. Baharu kita peroleh KEMENANGAN!

Jumaat, 28 Jun 2013

Pemilihan Kata dari Kamus Dewan

Banyak pembendaharan kata yang terdapat Kamus Dewan boleh digunakan semasa menulis puisi.

Selasa, 28 Mei 2013

Pemilihan Tajuk Puisi

Tajuk puisi perlulah tepat kerana membantu sesebuah puisi dipilih oleh editor untuk menyiarkan puisi yang ditulis.

Rabu, 22 Mei 2013

Tujuan Menulis Puisi


Puisi mampu mengambarkan pemikiran, perasaan, harapan atau pelbagai persoalan yang dihadapi oleh seseorang atau dihadapi oleh masyarakat.